Search This Blog

Monday, November 7, 2011

PENDAFTARAN KELAS QIRAATI SESI 2012 DIBUKA SEKARANG!!!






KELAS QIRAATI AL-QURAN (KANAK-KANAK) SESI 2012 DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN



Keistimewan Dan Kelebihan Mengaji Al-Quran
Di Sini:
¨ Konsep pengajaran dan pembelajaran yang         bersistematik serta berkesan dan mudah diikuti.
¨ Guru-guru yang bertauliah dan berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang pengajaran Al-Quran dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.
¨ Konsep “ one-to-one” diterapkan dalam sesi pembelajaran memberi jaminan tumpuan dan konsentrasi guru terhadap murid agar murid dapat menguasai pelajaran dengan baik dan cepat.
¨ Teknik pengajaran yang unik dan berbeza serta menarik.
¨ Kelas  Fardhu Ain Dan Bengkel Semarak Jawi diadakan setiap minggu.
¨ Program Al-Huffaz Muda dianjurkan(amalan dan hafazan surah-surah lazim dan surah-surah pilihan).
¨ Solat berjemaah (Isya’/Asar)setiap hari sebelum pulang ke rumah.


MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN BAYARAN
                                             KELAS QIRAATI AL-QURAN           (Kanak-kanak)


Golongan  Sasaran                   : Kanak-kanak berumur sekurang-
                                                           kurangnya 5 tahun ke atas.
Tahap Pencapaian                    : Belajar dari asas  /Memantapkan
                                                      bacaan Al-Quran dengan bertajwid
.
Bilangan murid sekelas : Terhad kepada 15 orang sahaja.
Yuran Pendaftaran : PERCUMA
Yuran Modul/Cetakan : RM 15.00 (sekali bayar)
Yuran Bulanan : RM 50.00
Jumlah jam : 25 jam sebulan/20 hari
Jadual kelas : Sessi A : 8 .00 malam - 9.15 malam
: sessi B   : 5.00 petang - 6.15 petang

RUTIN HARIAN : SOLAT ISYA' BERJRMAAH SEBELUM PULANG KE RUMAH SERTA SOLAT SUNAT HAJAT (SETIAP JUMAAT)








 UNTUK SEBARANG MAKLUMBALAS DAN PERTANYAAN SILA HUBUNGI :

USTAZ AZMAN (0196664415)

USTAZ HIZUDIN ( 0176338825)


Kelas Tahsin Al-Quran Dewasa: Mudah Dan Seronok.....

Al-Mumtaz Training Centre menjalankan kelas Tahsin Al-Quran untuk golongan dewasa yang ingin mempelajari Al-quran dari asas hingga mahir.Kelas ini telah berjalan sejak bulan Januari awal tahun ini dengan jumlah murid seramai 20 orang.

Kelas Tahsin ini dibimbing oleh dua orang guru iaitu Ustaz Azman Amir Dan Ustaz Mohd Hizudin Asuad.Kelas tahsin ini menggunakan modul qiraati khas yag mudah dipelajari.Kelas dijalankan dua kali seminggu iaitu setiap hari Selasa  dan Rabu pada jam 9.15malam- 10.30 malam.Kelas tambahan diadakan setiap hari Jumaat dua kali sebulan pada jam 9.15 malam - 10.15malam.

Para pelajar berpeluang memperbaiki mutu bacaan dan memperdengarkan bacaan Al-quran dengan baik di samping mempelajari bukan setakat ilmu tajwid,malah ilmu Resm Uthmani,Bahasa Arab serta ilmu tafsir Al-Quran.

Berikut adalah maklumat berkenaan kelas Tahsin Al-Quran Dewasa:

Hari

Selasa & Rabu

Masa

9.15 malam- 10.30 malam

Bilangan murid : 15 orang sahaja (kekosongan terhad)

Yuran bulanan : RM 50.00 sebulan
Yuran Modul   : RM 20.00 (sekali bayar )

Jika berminat sila hubungi :

Ustaz Hizudin ( 0176338825)
Ustaz Azman   (0196664415)










Saturday, January 29, 2011

KLINIK UPSR 2011

         Pada 29 Januari 2011 (Sabtu) telah diadakan satu program seminar teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Al-Mumtaz Training Center.Program ini bermula pada jam 2.30 petang.Penceramah bagi program ini ialah Cikgu Mahiezah bt Mahat yang merupakan guru pakar dalam bidang subjek Bahasa Inggeris.

          Dalam program tersebut,para peserta didedahkan tentang konsep-konsep dan teknik-teknik menjawab kertas solana peperiksaan subjek Bahasa Inggeris dengan mudah dan berkesan.Murid-murid juga diberikan peluang menjawab soalan-soalan secara dalam talian(online) pada hari tersebut.

         Program Seminar Klinik UPSR berakhir pada jam 5.30 petang.Semoga program ini menjadi medan anjakan paradigma dan seterusnya mampu membantu peserta mempertinngkat prestasi pada masa akan datang.

Galeri:












MAJLIS ANUGERAH AL-IMTIYAZ BULAN JANUARI 2011

    Pada 28 Januari 2011 telah diadakan Majlis Anugerah Al-Imtiyaz dan penyampaian hadiah kepada murid-murid kelas qiraati.Majlis ini diadakan setiap bulan bagi memberikan dorongan dan suntikan motivasi kepada semua murid agar dapat mempertingkat prestasi dan usaha ke arah yang lebih baik.

   Pada malam tersebut,murid-murid yang terpilih telah diberikan hadiah insentif berdasarkan rekod harian dan pemerhatian guru sepanjang PnP.

   Seramai 14 orang telah dipilih sebagai pemenang anugerah pada malam tersebut.Antara katagori-katagori anugerah pada bulan Januari ialah:

                     Anugerah Peningkatan Prestasi
                     Anugerah Sikap Terbaik
                     Anugerah Bacaan Terbaik
                     Anugerah  Kehadiran Terbaik
                     Anugerah Pelajar Mithali (Lelaki&Perempuan)

     Majlis pada malam tersebut dimulai dengan majlis bacaan tahlil dan doa ringkas yang dibimbing oleh Ustaz Azman Amir dan Ustaz Hafizuddin.Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan aluan dan amanat oleh Ustaz Hizudin Asuad.Selepas majlis penyampaian hadiah selesai,majlis diakhiri dengan Solat Isya' yang diimamkan oleh Ustaz Hafizuddin.Semoga majlis ini diberkati dan diredhai Allah,Insya Allah.


Galeri:



Bacaan Tahlil Dan Doa Ringkas Oleh Ustaz Azman


Bacaan Doa




Ustaz Azman Khusyuk  Berzikir


Adik Muhd Ayyub Yusuf Antara Pemenang Anugerah Bulan Ini



Anugerah Mithali (Lelaki) Muhd Fikri Nur Hakim


Anugerah Mithali (Perempuan) Izzati Hamidah Bt Sharil


Solat  Isya' Berjemaah

Sunday, January 23, 2011

Kelas Qiraati Dan Tahsin Al-Quran Cawangan Kampung Kandang

Berita Baik Buat Masyarakat Sekitar Kampung Kandang!!
Kampung Alai
Semabok
Permatang Pasir
Padang Temu
Telok Mas
Duyong
Pendamar

Kelas Pengajian Al-Quran Peringkat Kanak-kanak Hingga Dewasa
Kini Pendaftaran Masih Dibuka

Alamat:
8762 C Jalan Cendawan,KM 6 Kampung Kandang
75460 Melaka
(Hadapan Tadika Pengkalan Renggam)
Berhampiran Masjid Pengkalan Renggam,Balai Polis Kandang


Perkhidmatan:

Kelas Qiraati Al-Quran Peringkat Asas Hingga Mahir Serta Fardhu Ain

Waktu Kelas:

Setiap Hari Isnin Hingga Jumaat

Jam 4.30 petang hingga 6.00 petang
1jam 30 minit sehari

Kapasiti Murid :
15 orang sahaja sekelas(tempat sangat terhad)

Yuran Bulanan:

RM 50.00 sebulan

Kelebihan Belajar Di Sini:

  1. Kelas terhad kepada 15 orang sahaja memberikan kelebihan dari sudut keberkesanan pengajaran dan pembelajaran .Murid-murid dapat perhatian penuh dari guru supaya cepat mahir.
  2. Guru-guru berpengalaman lebih 5 tahun dan mempunyai tauliah .
  3. Kelas yang kondusif  dan sesuai untuk pembelajaran.
  4. Sistem pengajaran kaedah PnP dan besistematik.
  5. Jamuan ringan,minum petang disediakan.
  6. Kelas fardhu ain dan latihan tulisan jawi setiap bulan.
GALERI:
Bangunan Kelas Qiraati

Bangunan Kelas Qiraati



Fasiliti Dalam Kelas


Suasana Dalam Kelas


Fasiliti Dalam Kelas


Taman Permainan Berhampiran


Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:

Ustaz Mohd Hizudin Asuad Ahmad



017-6338825
06-2682504

(Boleh Buat Tempahan Melalui Panggilan Telefon)

TEMPAT SANGAT TERHAD!!
FIRST COME FIRST SERVE!!

Saturday, January 22, 2011

Kelas Fardhu Ain Konsep Mentor Mentee Al-Mumtaz

            Pada hari Jumaat 21haribulan Januari 2011,telah diadakan satu program mingguan iaitu Kelas Fardhu Ain yang dipimpin dan dibimbing oleh Ustaz Lokman Hakim.Slot ini memberikan latihan kepada murid-murid dalam memperbetul rukun qauli dan rukun fi;li dalam solat fardhu.

            Ustaz Lokman sebagai moderator program pada malam tersebut memperkenalkan cara atau teknik mentor mentee di mana murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diketuai serta dibimbing oleh murid-murid senior agar objektif program mudah dicapai.

             Program tersebut bermula jam 8.00 ,malam dimulai dengan taklimat ringkas oleh Ustaz Lokman Hakim dan berakhir pada jam 9.00 malam.Murid-murid bersolat Isya' berjemaah sebelum pulang ke rumah.Semoga segala amalan dan usaha kita ke arah taqqrub fiLLah diterima Allah insya Allah.


Galeri :



Ustaz Lokman Membahagikan Kumpulan Kepada Mentor Terpilih



Mentor (Nazmi Haris) Sedang Membimbing Anak Buah Memperbetul Solat




Ustaz Lokman Sedang Membimbing Murid-murid Memperbetul Rukun Fi'li  Solat



Murid-murid Membuat Demonstrasi Solat



Solet Isya' Berjemaah Diimamkan Oleh Adik Nazmi Haris Sulaiman  

Friday, December 31, 2010

Majlis Jamuan Akhir Tahun Dan Anugerah Imtiyaz 2010

  Pada hari Jumaat 31 Disember 2010,telah diadakan Majlis Anugerah Imtiyaz bagi memberi dorongan dan motovasi kepada murid-murid Qiraati Mumtaz.

  Majlis tersebut bermula jam 8.00 malam dengan majlis tahlil ringkas yang dipimpin olh Ustaz Azman Amir dan Ustaz Fakhrul Islam(jemputan kehormat).Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan insentif kepada murid-murid yang cemerlang.Sebanyak  4 katagori anugerah diberikan iaitu Anugerah Mithali : Sikap Terbaik Bulanan,Anugerah Mithali : Prestasi Cemerlang Bulanan ,Anugerah Mithali : Kehadiran Terbaik Bulanan.

  Seramai 20 yang hadir pada malam tersebut bagi menjayakan majlis tersebut.Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.Ucapan tahniah kepada semua pemenang anugerah dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Senerai nama pemenang-pemenang anugerah:
1)Anugerah Kehadiran Terbaik
    a) Kelas An-Nahwan
        i) Mohd Ayoub bin Yusof
        ii) Muhd Hafiz Yusof bin Nazri

    b) Kelas Al-Hijjaz
        i) Mohd Irfan bin Kadir

2) Anugerah Akhlak Terpuji
    a) Kelas An-Nahwan - Mohd Alif Danial
    b) Kelas Al-Hijjaz     - Mohd Syahir bin Azhar

3) Anugerah Peningkatan Bacaan
    a) Kelas An-Nahwan - Mohd Fahmi Irwan bin Fauzi
    b) Kelas Al-Hijjaz
        i) Mohd Rais Hakim bin M.Rizal
        ii) Nur Sarah bt Lokman

4) Markah tertinggi untuk KUIZ kelas Al-Hijjaz
    Tempat Pertama : Mohd Hanif bin Mohd
    Tempat Kedua   : Mohd Syafiq bin Azhar
    Tempat Ketiga   : Mohd Farhan bin Fauzi


Majlis Tahlil Ringkas yang Dipimpin Oleh Ustaz Azman Amir



Hadiah-hadiah Dan Insentif Bagi Penerima Anugerah Mithali



Pemenang Anugerah Peningkatan Bacaan bulan Disember(Nur Sarah Bt Lokman)


Pemenang Kuiz bulanan ( Al-Hijjaz) - Mohd Hanif bin Mohd

TAHNIAH KEPADA SEMUA PARA PENERIMA ANUGERAH !!!!!!!!!!1
YANG TIDAK BERJAYA CUBA LAGI PADA BULAN HADAPAN