Search This Blog

Monday, November 7, 2011

Kelas Tahsin Al-Quran Dewasa: Mudah Dan Seronok.....

Al-Mumtaz Training Centre menjalankan kelas Tahsin Al-Quran untuk golongan dewasa yang ingin mempelajari Al-quran dari asas hingga mahir.Kelas ini telah berjalan sejak bulan Januari awal tahun ini dengan jumlah murid seramai 20 orang.

Kelas Tahsin ini dibimbing oleh dua orang guru iaitu Ustaz Azman Amir Dan Ustaz Mohd Hizudin Asuad.Kelas tahsin ini menggunakan modul qiraati khas yag mudah dipelajari.Kelas dijalankan dua kali seminggu iaitu setiap hari Selasa  dan Rabu pada jam 9.15malam- 10.30 malam.Kelas tambahan diadakan setiap hari Jumaat dua kali sebulan pada jam 9.15 malam - 10.15malam.

Para pelajar berpeluang memperbaiki mutu bacaan dan memperdengarkan bacaan Al-quran dengan baik di samping mempelajari bukan setakat ilmu tajwid,malah ilmu Resm Uthmani,Bahasa Arab serta ilmu tafsir Al-Quran.

Berikut adalah maklumat berkenaan kelas Tahsin Al-Quran Dewasa:

Hari

Selasa & Rabu

Masa

9.15 malam- 10.30 malam

Bilangan murid : 15 orang sahaja (kekosongan terhad)

Yuran bulanan : RM 50.00 sebulan
Yuran Modul   : RM 20.00 (sekali bayar )

Jika berminat sila hubungi :

Ustaz Hizudin ( 0176338825)
Ustaz Azman   (0196664415)










No comments:

Post a Comment