Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Majlis Jamuan Akhir Tahun Dan Anugerah Imtiyaz 2010

  Pada hari Jumaat 31 Disember 2010,telah diadakan Majlis Anugerah Imtiyaz bagi memberi dorongan dan motovasi kepada murid-murid Qiraati Mumtaz.

  Majlis tersebut bermula jam 8.00 malam dengan majlis tahlil ringkas yang dipimpin olh Ustaz Azman Amir dan Ustaz Fakhrul Islam(jemputan kehormat).Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan insentif kepada murid-murid yang cemerlang.Sebanyak  4 katagori anugerah diberikan iaitu Anugerah Mithali : Sikap Terbaik Bulanan,Anugerah Mithali : Prestasi Cemerlang Bulanan ,Anugerah Mithali : Kehadiran Terbaik Bulanan.

  Seramai 20 yang hadir pada malam tersebut bagi menjayakan majlis tersebut.Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.Ucapan tahniah kepada semua pemenang anugerah dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Senerai nama pemenang-pemenang anugerah:
1)Anugerah Kehadiran Terbaik
    a) Kelas An-Nahwan
        i) Mohd Ayoub bin Yusof
        ii) Muhd Hafiz Yusof bin Nazri

    b) Kelas Al-Hijjaz
        i) Mohd Irfan bin Kadir

2) Anugerah Akhlak Terpuji
    a) Kelas An-Nahwan - Mohd Alif Danial
    b) Kelas Al-Hijjaz     - Mohd Syahir bin Azhar

3) Anugerah Peningkatan Bacaan
    a) Kelas An-Nahwan - Mohd Fahmi Irwan bin Fauzi
    b) Kelas Al-Hijjaz
        i) Mohd Rais Hakim bin M.Rizal
        ii) Nur Sarah bt Lokman

4) Markah tertinggi untuk KUIZ kelas Al-Hijjaz
    Tempat Pertama : Mohd Hanif bin Mohd
    Tempat Kedua   : Mohd Syafiq bin Azhar
    Tempat Ketiga   : Mohd Farhan bin Fauzi


Majlis Tahlil Ringkas yang Dipimpin Oleh Ustaz Azman Amir



Hadiah-hadiah Dan Insentif Bagi Penerima Anugerah Mithali



Pemenang Anugerah Peningkatan Bacaan bulan Disember(Nur Sarah Bt Lokman)


Pemenang Kuiz bulanan ( Al-Hijjaz) - Mohd Hanif bin Mohd

TAHNIAH KEPADA SEMUA PARA PENERIMA ANUGERAH !!!!!!!!!!1
YANG TIDAK BERJAYA CUBA LAGI PADA BULAN HADAPAN


Kelas Qiraati Al-Quran Dan Tahsin Al-Quran Al-Mumtaz Taman Desa Molek

        Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda.Tiada tuhan yang disembah melainkan DIA,dan nabi Muhammad pesuruhNya.

        Sejarah Penubuhan

   Di atas keperihatinan masyarakat terhadap pentingnya menyalurkan dan menerapkan ilmu pengetahuan Al-Quran bermula dari usia muda dalam usaha mencegah isu 'buta Al-Quran' yang menjadi topik hangat dewasa kini,maka kami rasa terpanggil untuk bersama menyokong usaha ini dan bersama menyumbang bakti demi kemaslahatan masyarakat sekitar.

  Kelas Qiraati dan Tahsin Al-Quran Al-Mumtaz ini ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1 November 2010 .Dengan kekuatan 3 orang guru Qiraat yang berpengalaman lebih 5 tahun dan bermula dengan bilangan murid seramai 25 orang murid (kanak-kanak dan dewasa),kelas qiraati ini beroperasi dengan lancar dan jayanya.

         Barisan Mu'allim

  Kelas Qiraati ini ditunjangi oleh tiga orang guru:

Nama              : Mohd Hizudin Asuad Bin Ahmad
Kelulusan        :  Diploma Pengajian Islam al-Quran As-Sunnah, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Terengganu
Pengalaman    : 6 tahun mengajar Qiraati kanak-kanak dan dewasa

Nama                    : Azman Bin Amir
Kelulusan              : Diploma Pengajian Islam Dan Undang -Undang Syariah, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka(KTIAM)
Pengalaman         : 4 tahun mengajar qiraati kanak-kanak dan dewasa









                                        


Nama              : Mohd Lokman Hakim bin Ibrahim
Kelulusan        :  Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam al-Quran As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Pengalaman    : 4 tahun mengajar Qiraati kanak-kanak dan dewasa






                        
 Perkhidmatan

 Kelas Qiraati Dan Tahsin Al-Quran Al-Mumtaz menawarkan perkhidmatan  berikut:

 Kelas Qiraati Al-Quran Untuk Kanak-Kanak

Jadual                       : Sessi (A)  Setiap Hari Isnin Hingga Jumaat
                                   Jam 8.00 malam - 9.15 malam

                                    Sessi (B)   Setiap Hari Isnin Hingga Jumaat
                                    Jam 5.00 petang hingga 6.15 petang


Kelas Tahsin Al-Quran Untuk Dewasa

Jadual                      : Setiap Hari  Selasa Dan Rabu
                                  Jam 9.15 malam hingga 10.45 malam


Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi kami:

Ustaz Hizudin    : 0176338825
Ustaz Lokman   : 0136959701
Ustaz Azman     : 0122004415




                                       Kelas Bersistem PnP yang unik dan teratur serta kondusif




                                           Solat Isya/Asar Berjemaah sebelum pulang ke rumah




                                Kelas Asas Fardhu Ain Dan Semarak Jawi Diadakan Setiap Minggu



                                    
                                    Majlis Anugerah Dan Insentif Bulanan Kepada Murid-Murid