Sejarah Penubuhan
Di atas keperihatinan masyarakat terhadap pentingnya menyalurkan dan menerapkan ilmu pengetahuan Al-Quran bermula dari usia muda dalam usaha mencegah isu 'buta Al-Quran' yang menjadi topik hangat dewasa kini,maka kami rasa terpanggil untuk bersama menyokong usaha ini dan bersama menyumbang bakti demi kemaslahatan masyarakat sekitar.
Kelas Qiraati dan Tahsin Al-Quran Al-Mumtaz ini ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1 November 2010 .Dengan kekuatan 3 orang guru Qiraat yang berpengalaman lebih 5 tahun dan bermula dengan bilangan murid seramai 25 orang murid (kanak-kanak dan dewasa),kelas qiraati ini beroperasi dengan lancar dan jayanya.
Barisan Mu'allim
Kelas Qiraati ini ditunjangi oleh tiga orang guru:
Nama : Mohd Hizudin Asuad Bin Ahmad
Kelulusan : Diploma Pengajian Islam al-Quran As-Sunnah, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), TerengganuPengalaman : 6 tahun mengajar Qiraati kanak-kanak dan dewasa

Nama : Azman Bin Amir
Kelulusan : Diploma Pengajian Islam Dan Undang -Undang Syariah, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka(KTIAM)
Pengalaman : 4 tahun mengajar qiraati kanak-kanak dan dewasa
Nama : Mohd Lokman Hakim bin Ibrahim
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam al-Quran As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Pengalaman : 4 tahun mengajar Qiraati kanak-kanak dan dewasaKelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam al-Quran As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Perkhidmatan
Kelas Qiraati Dan Tahsin Al-Quran Al-Mumtaz menawarkan perkhidmatan berikut:
Kelas Qiraati Al-Quran Untuk Kanak-Kanak
Jadual : Sessi (A) Setiap Hari Isnin Hingga Jumaat
Jam 8.00 malam - 9.15 malam
Sessi (B) Setiap Hari Isnin Hingga Jumaat
Jam 5.00 petang hingga 6.15 petang
Kelas Tahsin Al-Quran Untuk Dewasa
Jadual : Setiap Hari Selasa Dan Rabu
Jam 9.15 malam hingga 10.45 malam
Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi kami:
Ustaz Hizudin : 0176338825
Ustaz Lokman : 0136959701
Ustaz Azman : 0122004415
Kelas Bersistem PnP yang unik dan teratur serta kondusif
Solat Isya/Asar Berjemaah sebelum pulang ke rumah
Kelas Asas Fardhu Ain Dan Semarak Jawi Diadakan Setiap Minggu
Majlis Anugerah Dan Insentif Bulanan Kepada Murid-Murid
No comments:
Post a Comment