Search This Blog

Saturday, January 29, 2011

MAJLIS ANUGERAH AL-IMTIYAZ BULAN JANUARI 2011

    Pada 28 Januari 2011 telah diadakan Majlis Anugerah Al-Imtiyaz dan penyampaian hadiah kepada murid-murid kelas qiraati.Majlis ini diadakan setiap bulan bagi memberikan dorongan dan suntikan motivasi kepada semua murid agar dapat mempertingkat prestasi dan usaha ke arah yang lebih baik.

   Pada malam tersebut,murid-murid yang terpilih telah diberikan hadiah insentif berdasarkan rekod harian dan pemerhatian guru sepanjang PnP.

   Seramai 14 orang telah dipilih sebagai pemenang anugerah pada malam tersebut.Antara katagori-katagori anugerah pada bulan Januari ialah:

                     Anugerah Peningkatan Prestasi
                     Anugerah Sikap Terbaik
                     Anugerah Bacaan Terbaik
                     Anugerah  Kehadiran Terbaik
                     Anugerah Pelajar Mithali (Lelaki&Perempuan)

     Majlis pada malam tersebut dimulai dengan majlis bacaan tahlil dan doa ringkas yang dibimbing oleh Ustaz Azman Amir dan Ustaz Hafizuddin.Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan aluan dan amanat oleh Ustaz Hizudin Asuad.Selepas majlis penyampaian hadiah selesai,majlis diakhiri dengan Solat Isya' yang diimamkan oleh Ustaz Hafizuddin.Semoga majlis ini diberkati dan diredhai Allah,Insya Allah.


Galeri:



Bacaan Tahlil Dan Doa Ringkas Oleh Ustaz Azman


Bacaan Doa




Ustaz Azman Khusyuk  Berzikir


Adik Muhd Ayyub Yusuf Antara Pemenang Anugerah Bulan Ini



Anugerah Mithali (Lelaki) Muhd Fikri Nur Hakim


Anugerah Mithali (Perempuan) Izzati Hamidah Bt Sharil


Solat  Isya' Berjemaah

No comments:

Post a Comment