Search This Blog

Saturday, January 22, 2011

Kelas Fardhu Ain Konsep Mentor Mentee Al-Mumtaz

            Pada hari Jumaat 21haribulan Januari 2011,telah diadakan satu program mingguan iaitu Kelas Fardhu Ain yang dipimpin dan dibimbing oleh Ustaz Lokman Hakim.Slot ini memberikan latihan kepada murid-murid dalam memperbetul rukun qauli dan rukun fi;li dalam solat fardhu.

            Ustaz Lokman sebagai moderator program pada malam tersebut memperkenalkan cara atau teknik mentor mentee di mana murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diketuai serta dibimbing oleh murid-murid senior agar objektif program mudah dicapai.

             Program tersebut bermula jam 8.00 ,malam dimulai dengan taklimat ringkas oleh Ustaz Lokman Hakim dan berakhir pada jam 9.00 malam.Murid-murid bersolat Isya' berjemaah sebelum pulang ke rumah.Semoga segala amalan dan usaha kita ke arah taqqrub fiLLah diterima Allah insya Allah.


Galeri :



Ustaz Lokman Membahagikan Kumpulan Kepada Mentor Terpilih



Mentor (Nazmi Haris) Sedang Membimbing Anak Buah Memperbetul Solat




Ustaz Lokman Sedang Membimbing Murid-murid Memperbetul Rukun Fi'li  Solat



Murid-murid Membuat Demonstrasi Solat



Solet Isya' Berjemaah Diimamkan Oleh Adik Nazmi Haris Sulaiman  

No comments:

Post a Comment